BEST OFFER

KEPADA YANG TELAH MENJADI FOLLOWER BLOG INI, AKAN AKAN MENIKMATI DISKAUN RM6.00. JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..!!

click here:

Selasa, 25 November 2014

manik versi malas

Assalammualaikum wbt

lama rasanya tidak mencoretkan cerita dalam blog ni.. malas pun ada.. tp bila mood menaip sampai, benda lain pulak dibuatnya.. sabar jela..

Alhamdulillah.. setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga, sy dikhabarkan dgn berita gembira.. mmg tak jangka,, tak pernah plan (sbb dah byk kali putus asa) awal bulan November sy disahkan menggandung... syukur.. inilah dicari2nya.. alhamdullilah... Allah meminjamkan nikmat ini kepada saya..

bila dah disahkan menggandung, bila ke bilik manik.. terpandang la berhelai baju/jubah yg di gantung utk tunggu turn.. Ya Allah.. dalam hati, mampu ke aku nak buat semua ni..

kalau hari bekerja memang tak sentuh langsung pun manik.. pkul 8 mlm dah tido.. nanti pkul 11 mlm terjaga tak boleh tido.. mengharapkan hari cuti jek.. jumaat dan sabtu.. itu pun banyak je aktiviti... balik kampung la..

Syukur jugak sy takde lah mabuk terok sgt.. tp sekali dia datang tu.. memang tak dijangkakan... sepanjang 4 minggu  ni sy baru dapat siapkan sepasang baju.. sangat terok prestasi itu... hehehehe

kasteme jgn cakap la.. asyik push jek... memang tension.. tapi takpe.. itu saya anggap rezeki kamu si kecil.. sy menumpang rezeki kamu je..

sy dah berazam,, mulai harini saya akan rajin menjahit manik.. awal bulan 12 insyallah siap semuanya.. hehe. yelah tu.. ke hangat2 taik ayam jek.. ada 4 helai lagi.. tak banyak mana.. tp kalau dah termasuk malasnya..rasanya mcm 10 helai..

tak baik tau merunggut.. rezeki tu... Alhamdulillah

p/s: kelas manik masih open lagi yer.. hari jumaat atau sabtu...


Sabtu, 13 September 2014

BAJU TUNANG SAYA

beli lace kat Jakel 1 meter RM150.00

MANIK + LACE

RM 300.00








ROYAL LACE

TOTAL RM 270.00





UPDATE..!! KELAS MANIK DI JOHOR BAHRU

Assalammualaikum wbt.

berita baik kepada warga Johor mahupun di Singapura.. Saya Nur Hazielah Beads akan mengadakan pembukaan kelas belajar teori dan teknik2 menjahit manik dari asas hingga pandai secara personal ataupun kumpulan bertempat di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.. Peluang ini terbuka kepada mereka yang berminat terhadap seni jahitan manik. Jangan risau kepada mereka yang tiada asas dalam menjahit manik, kerana saya akan mengajar anda dari teknik ke teknik. kepada warga Johor dan Singapura jom belajar manik dengan saya dengan harga yuran yang berpatutan. Kelas akan dibuka bermula bulan Februari 2014. sebarang pertanyaan boleh hubungi saya  Azila : 017-2737750.


Kelas Asas Manik
Yuran : RM 70.00 SEORANG
Masa : 3-4 jam (bergantung kepada tahap peserta)
 Hari :  Jumaat atau Sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design (JIKA SEMPAT)
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)

===============================================================


Kelas Manik pertengahan.

- Jentayu
-shiming floral
-roses
-bola2 chinta
-bunga reflesia
-teknik menjahit lace

Yuran : RM 130.00 SEORANG
Masa : 4-5 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design (JIKA SEMPAT)
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)


===============================================================


Kelas Manik Expert

-Pelbagai jenis Crumble
-Lace crumble
-rainbow crumble
-buble crumble
-teknik renjisan
-crumble roses (S)
-dan banyak lagi jenis2 crumble..



Yuran : RM 170.00 SEORANG
Masa : 6-7 jam (bergantung kepada tahap peserta)
Hari : Jumaat atau sabtu

-di ajar sehingga pandai.. dan Bonus 1 design (JIKA SEMPAT)
-makan disediakan
-peralatan menjahit dan manik disediakan. (dapat bawa pulang dengan manik lebihan dari sesi pembelajaran)


================================================================

** maksimum kelas beramai-ramai 3 orang peserta sahaja untuk satu sesi.

** jika anda membawa rakan seramai 3 orang peserta, anda berpeluang mendapat discount RM30.00

***alamat akan dimaklumkan kemudian selepas deposit diterima (deposit hendaklah dibayar separuh dari harga yuran).

***pemakluman kehadiran mestilah dilakukan seminggu awal.


berminat SMS KE  017-2737750

Rabu, 26 Mac 2014

Manik 2014



Asslammualaiku, w.b.t

lama betul rasanya tak update pasal jahitan manik untuk tahun 2014 kan.. sejak2 dah berumah tangga agak sibuk sikit dan belum pandai nak manage masa lagi... bunyinya macam kelakar je kan??

sebenarnya saya masih ambil lagi tempahan manik.. alhamdulillah dengan rezeki Allah swt bagi untuk tahun ini. cuma belum sempat nak upload kan dalam blog.. sebab sekarang ni snap gambar manik pakai henset jek.. ade kesukaran di situ nak transfer ke blog..

kawan2 yang berminat dengan hasil jahitan saya bolehlah add fren di Facebook.. taip je nama Nur Hazielah ..  insyallah jumpa.. jgn lupa sebelum tu PM inbox saya dulu tu accept fren...

sekarang ni agak busy dengan projek baru.. lately ni sibuk untuk bisnes selendang chiffon glitter.. selendang dah siap potong ikut pola yg sangat mudah.. hanya lilitkan sahaja..tak perlu nak sibuk2 betulkan lebihan selendang di bahu.. nak cerita susah.. kene try beli dulu..

Insya Allah dalam proses nak upload gambar selendang yang bakal dijual minggu depan.. tunggu sahaja kemunculannya.. warna sangat limited..

Saya juga masih buka kelas menjahit manik secara personal ataupun berkumpulan mengikut syarat2 yang telah ditetapkan.. boleh je hello2 dengan saya 017-2737750. mesej ataw wassap lagi senang.. sebab kalau call nombor yang tak dikenali memang liat sikit nak angkat..

facebook saya sentiasa update dengan jahitan2 manik terbaru.. jangan lupa add fren ok?